5 Selebriti Paling Fashion-Forward Di Malaysia, No 5 Tak Sangka Kan?

12 July 2019 De'Xandra Tips

Wanita dan fesyen sememangnya tidak dapat dipisahkan. Fesyen adalah gaya pakaian atau tingkah laku yang popular dan terkini yang berkembang selaras dengan masyarakat. Fesyen juga boleh mempengaruhi cara hidup seseorang. Melihat fesyen yang ada sekarang, kita dapat lihat banyaknya trend yang muncul sejak akhir-akhir ini.

 

Tidak kira anda bersaiz normal, halus-kurus mahupun comel-ceria, pastinya ada pakaian dan gaya yang sesuai untuk anda. Namun corak, saiz dan warna adalah sangat perlu dititikberatkan semasa pemilihan pakaian. Jika tidak ia akan membantutkan penggayaan fesyen anda.

 

Apabila kita sebut tentang fesyen di kalangan selebriti tempatan, nama-nama ini adalah yang mempunyai fesyen yang sentiasa trendy dan stail. Jom kita ikuti top five selebiriti tempatan paling fahsion-forward di Malaysia. No. 5 tu confirm korang tak sangka!

 

1. Scha Al-Yahya

Scha ialah seorang model, pelakon dan influencer. Gayanya sentiasa chic dan elegan jadi beliau sentiasa menjadi jurucakap untuk high-end product seperti barang kemas. Berkahwin dengan Awal Ashaari yang juga fashion-concious, pemakaian mereka berdua sentiasa up-to-date dan ditunggu-tunggu dalam mana-mana red carpet. Populariti stail beliau ini membolehkan koleksi pakaiannya laris bagai goreng pisang panas.

 

 

2. Neelofa

Siapa tidak kenal Neelofa? Model yang menjadi pelakon dan kini seorang peniagawati, beliau cukup suka bereksperimen dalam fesyen. Siapa lupa fesyen jumpsuit merah jambu yang dipakai semasa award MeleTOP Era dahulu? Berhari-hari pakaian tersebut jadi buah mulut netizen. Kini beliau lebih bijak bergaya dengan fashion-line beliau yang lebih elegan. Dari tudung ke baju hinggalah ke tas tangan, semuanya ada stail!

 

3. Fazura

Terkenal sebagai pelakon yang versatil, Fazura juga tidak ketinggalan mengorak langkah dalam bidang fesyen. Di luar layar perak, stailnya yang vogue dan preppy-chic sentiasa dipuji. Oleh itu beliau mengeluarkan jenamanya sendiri iaitu Fazbulous. Stail yang diketengahkan Fazbolous adalah warna ceria dan kontra tetapi cuttingnya lurus dan simple.

 

4. Yuna

Yuna tidak asing lagi dalam bidang fesyen. Siapa sangka gadis yang datang ujibakat lagu dengan tudung bawal gaya budak kolej pada masa itu kini menjadi style icon bagi muslimah seluruh dunia. Semasa popularitinya baru meningkat, gaya lilitan shawlnya yang ringkas sentiasa menjadi ikutan, sehingga shawl yang dijual di pasar malam pun dinamakan Tudung Yuna!

 

5. Ain Edruce

Tak sangka ke? Ha walaupun muda, Ain sentiasa bergaya fesyen moden dan menongkah arus. Pelakon dan pengacara ini tinggi lampai dan berleher jinjang, oleh itu sering menjadi jemputan untuk model.  Gaya kegemarannya lebih kepada sporty seperti sneakers dan leggings sesuailah dengan karekter gila-gilanya.

 

Best kan bila kita pandai berfesyen dan diri kita dijadikan sebagai ikon fesyen oleh masyarakat. Semua stail fesyen kita akan dijadikan sebagai reference oleh yang baru hendak mencuba. Haa, untuk korang yang sentiasa nak tampil menonjol dari orang lain tu trylah Dexandra Twist & Spray Mode’.

 

Baunya yang manis, woody dan smoky bukan seperti wangian wanita kontemporari lain. Pakai semasa dalam event yang hebat, pastinya membuatkan semua hadirin menoleh dua kali. Tapi amaran, wangian ini hanya untuk gadis yang berani sahaja tau!

 

Jadi sementara stok masih ada ayuh dapatkan Twist & Spray Mode! Nanti takpasal-pasal berputih mata nak rasai aroma yang sangat memukau ini.

Layari www.dexandra.com/chooseyours