4 Benda Korang Wajib Buat Bila Nak Travel, No. 3 Paling Penting!
Kalau pergi travel di luar negara mesti anda teringin nak pergi try aktiviti luar atau jalan-jalan kat sana kan? Yelaa, bukan selalu kita pergi negara orang, jadi mesti nak cuba benda baru dan supaya banyak nak cerita pada orang Malaysia. Kan? Hehehe…
Tambahan pula, ada sesetengah tempat yang ada hanya kat negara tu je, rugi pulak rasa kalau tak pergi kan. Tapi sebelum tu, anda perlu tahu tips untuk berjalan supaya anda lebih selesa dan seronok. Haa, sebab itu lah, kali ni kami nak kongsi dengan anda cara terbaik untuk berjalan di luar negara.
- Sediakan Wang Tunai
Pergi mana-mana pun cash sangat penting. Tips sebelum pergi travel, anda wajib tukar duit mengikut matawang Negara yang anda nak tuju seawall yang mungkin untuk elakkan anda terlupa!
Kami juga cadangkan supaya kad bank anda boleh di gunakan di luar negara. Swipe jer! Macam mana caranya? Anda perlu pergi ke bank dan cakap mahu gunakan kad di luar Negara. Simple!
- Kena Bijak Tawar-Menawar
Paling penting, anda kena hebat bab tawar menawar ni. Selalunya harga di kedai dah tetap dan apa yang anda boleh buat, anda mula tawar-menawar dengan barang yang harga rendah. Tapi perkara ni yang susah sikit sebab para peniaga biasanya akan buat ayat sedih macam “Dia takda dapat untung pun, keluarga susah atau apa sahaja. Tapi jangan risau sebab itu adalah ayat biasa peniaga di sana. Kebanyakan barang memang sengaja dinaikkan harga, jadi peniaga masih untung walaupun barang tu dijual murah.
- Biasakan Jalan Kaki
Mesti anda malas nak jalan kaki kan? Jangan risau, bukan anda sorang je.. kami pun tak rajin jalan kaki… hehe… Biasanya jalan kaki ni peluh yang keluar lain macam, jadi ramai je yang tidak berjalan kaki.. Tapi anda jangan risau, anda kan dah bawa perfume travel De’Xandra Twist & spray! Spray jerr okay!
Tapi biasanya, kalau anda tidak berjalan kaki, anda akan terlepas tempat-tempat atau kedai-kedai yang menarik dan jauh lebih murah dan cantik kerana tempat sebegini biasanya terletak di tempat tersorok. Jalan kaki juga boleh jimat duit tau!
- Rajinkan Bertanya
Anda memang kena ringankan mulut bertanya. Kalau singgah mana-mana sila la buka mulut ye.. Kalau nak pergi try aktiviti luar, minta la brochure ke, tanya pemandu pelancong ke.. malu bertanya sesat jalan ye.. hehehe..
Kalau pergi shopping tu, cuba tanya ada free gift tak? Hehe. Jangan malu-malu ye, kadang-kadang tu memang ada kedai yang akan bagi sample percuma, rugi tau tak ambik. Tak pun kalau korang dah beli barang banyak, cuba tanya ada dapat barang percuma tak sebab dah beli banyak.