15 Pilihan Minyak Wangi Wanita Tahan Lama

Salah satu aksesori yang sangat popular dan laris pada masa kini adalah minyak wangi wanita. Tetapi ramai wanita tidak tahu jenis-jenis perfume yang ada.
Dalam artikel ini, kami akan mencadangkan 15 minyak wangi dari jenama minyak wangi wanita De’Xandra yang anda boleh beli untuk diri sendiri ataupun untuk dihadiahkan kepada orang lain.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
15 Minyak Wangi Wanita Terbaik Di Pasaran
- Lady Rose
Perfume wanita pertama yang kami cadangkan kepada anda adalah Lady Rose dari pilihan Classic Series. Seperti yang boleh anda lihat dari nama, minyak wangi ini mengeluarkan aroma bunga.
Ia juga diselitkan dengan not manis dan sitrus. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan Lady Rose adalah oren, limau mandarin, dan limau purut.
- Juliet
Minyak wangi yang kedua adalah Juliet daripada Intense Series. Minyak ini mempunyai bau yang unik seperti Blackcurrant dan haruman vanilla.
Oleh kerana baunya yang ringan dan wangi, ia merupakan antara minyak wangi wanita paling popular di Malaysia.
- Valerie
Perfume seterusnya adalah Valerie dari Luscious Series. Ia mempunyai aroma sitrus yang kuat dan sentuhan not manis.
Ia juga mempunyai haruman karamel dan buah mandarin. Haruman ini disyorkan kepada mereka perlu bertemu dengan ramai orang.
- Elenor
Elenor terdiri daripada gabungan bau buah sitrus dan bunga manis. Ia daripada koleksi Elegant Series De’Xandra.
Baunya yang sangat manis dan lembut dan sangat popular dalam kalangan pelakon dan artis.
- Louvre
Pilihan kedua dari koleksi Intense Series, Lourve mempunyai aroma segar seperti buah epal dan bunga teratai. Ia merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang suka bau seperti ini.
Ia sesuai bagi mereka yang bekerja di bidang pemasaran dan perhubungan awam kerana memberikan gambaran dan aura yang positif kepada orang awam.
- Luvia
Minyak wangi bagi wanita yang seterusnya merupakan pilihan pertama dari koleksi Dynamic Series. Luvia mempunyai haruman segar Magnolia.
Selain itu, ia juga mempunyai bau epal hijau, timun dan limau gedang. Oleh kerana gabungan ini, ia mempunyai haruman yang sangat wangi.
- Mercy
Perfume seterusnya juga daripada pilihan Dynamic Series. Mercy adalah satu minyak wangi yang sangat popular dalam kalangan wanita muda dan pekerja spa.
Ia mempunyai bau yang sangat segar dan mempunyai gabungan buah tembikai, epal dan pic. Gabungan buah ini memberikan ketenangan kepada pemakainya.
- Marilyn
Seperti Lady Rose, Marilyn juga merupakan pilihan dari Classic Series. Ia mempunyai haruman yang menarik dan menyegarkan orang di sekeliling.
Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan Marily adalah laici dan bunga freesia.
- Olivia
Pilihan terakhir dari Classic Series adalah Olivia. Ia dibuat dari bahan seperti Magnolia, tembikai, pic, pir dan juga oren mandarin.
Ia mempunyai gabungan bau Magnolia yang kuat dan haruman buah yang lain. Ia sesuai bagi mereka yang sukakan bau buah-buahan.
- Helena
Juga merupakan satu lagi pilihan dari koleksi Elegant Series, Helena mempunyai haruman yang wangi dan manis.
Helena mempunyai gabungan buah yang banyak seperti limau gedung, delima dan bunga freesia. Oleh itu, ia menghasilkan aroma yang sangat manis.
- Posh
Minyak wangi Posh mempunyai haruman seperti not buah mangga dan gabungan buah lain seperti mandarin Itali, boysenberry dan plum.
Pilihan yang anda boleh lihat dari koleksi Dynamic Series sangat popular kerana ianya memberikan daya penarik kepada pemakainya.
- Victoria
Minyak wangi Victoria mempunyai aroma yang romantik dan juga mempunyai bau kayu manis. Ia popular di kalangan mereka yang sukakan aroma ini.
Antara aroma lain yang dihasilkan adalah bau madu, bunga melati dan buah raspberi. Anda boleh lihat perfume ini dari koleksi Elegant Series De’Xandra.
- Lozen
Minyak wangi wanita tahan lama yang seterusnya daripada koleksi Dynamic Series iaitu Lozen. Lozen mempunyai not bau sitrus dan manis.
Selain itu, ia juga mempunyai aroma limau purut dan juga bunga Casablanca Lily. Gabungan ini menghasilkan bau yang sangat wangi dan sesuai bagi mereka yang suka aktiviti sukan.
- Chaleur
Perfume seterusnya adalah Chaleur dari koleksi Luscious Series. Chaleur mempunyai haruman sitrus dan buah-buahan yang digemar oleh ramai orang yang berkerjaya.
Antara aroma yang dihasilkan oleh Chaleur adalah aroma buah Markisa, limau gedang dan juga bunga peony atau nama saintifiknya paeonia suffruticosa.
Ini sesuai bagi mereka yang suka bau manis.
- Belle
Cadangan terakhir minyak wangi untuk wanita yang tahan lama dari De’Xandra adalah Belle. Perfume ini sangat sesuai bagi mereka yang bekerja sebagai jurujual.
Belle sesuai kerana ia mempunyai gabungan bau buah-buahan dan sangat manis. Orang di sekeliling anda akan tertarik dengan aroma manis perfume ini.
Mengapa Perlu Pakai Minyak Wangi?
Adakah anda pernah terfikir mengapa anda perlu mengeluarkan duit untuk membeli minyak wangi? Di sini kami akan terangkan beberapa sebab.
- Menaikkan Keyakinan
Minyak wangi juga mampu menaikkan keyakinan anda kerana anda tidak risau tentang persepsi orang di sekeliling anda.
Ini kerana dengan memakai minyak wangi, anda akan hasilkan aroma yang sangat wangi dan tidak perlu risau lagi tentang bau badan anda.
- Naikkan Semangat
Setiap perfume mempunyai haruman yang tersendiri mengikut kesesuaian situasi. Jika anda memakai minyak wangi yang romantik, ia boleh membuatkan anda berasa cantik dan menarik.
Anda juga akan berasa lebih bersemangat untuk melakukan kerja harian anda.
Kesimpulannya, terdapat banyak minyak wangi tahan lama untuk wanita dari De’Xandra. Terdapat banyak lagi perfume lain dalam koleksi kami.
Jika anda mencari syarikat yang menghasilkan minyak wangi wanita terlaris di Malaysia, anda haruslah mencari di dalam katalog De’Xandra.
De’Xandra adalah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 2015 oleh Ernayanee Nur Binti Julaimi.
Dari saat itu, De’Xandra telah melonjakkan diri untuk menjadi pengeluar minyak wangi nombor 1 di Malaysia.
De’Xandra telah memenangi pelbagai anugerah seperti Global Branding Awards 2016 dan The Brandlaureate World Halal Awards 2018.
Jika anda berminat, klik di sini untuk ke katalog perfume wanita De’Xandra.