10 Trivia Maldives yang Anda Mungkin Tak Tahu!

Maldives, destinasi percutian yang terkenal di kalangan para pencinta, terutamanya mereka yang baru sahaja berkahwin. Terkenal dengan airnya yang biru dan pasirnya yang putih, ia dipenuhi dengan chalet-chalet tepian pantai dan ada juga yang berada di atas laut. Tanpa kesibukan hiruk pikuk kota, ia cukup sempurna bagi yang ingin mencari ketenangan jiwa.
Namun, Maldives lebih dari sekadar pulau percutian. Jom baca 10 trivia menarik mengenai Maldives ini:
1. Nama Maldives berasal dari perkataan Tamil, Maalai theevu (pulau kalung) kerana gugusan 1000 pulau terumbu karangnya membuat bentuk seperti kalung rantai.
2. Maldives adalah negara Islam dengan 98% peratus penduduk tempatannya ialah Muslim. Oleh itu, ia juga cuti umum pada hari Jumaat dan Sabtu seperti sesetengah negeri di Malaysia.
3. Maldives ialah negara terendah di dunia, dengan kawasan tanah tingginya hanya 2.4 meter dari paras laut!
4. Selain daripada perayaan Islam yang biasa seperti Aidilfitri dan Aidiladha, penduduk Maldives juga merayakan Maheefun, iaitu meraikan kedatangan Ramadan pada hari terakhir bulan Syaaban dengan makan beramai-ramai bersama keluarga.
5. Penduduk Maldives membina masjid daripada batu terumbu karang sejak kurun ke 17. Enam daripada masjid ini masih utuh dan kini diletakkan dalam Warisan Sejarah UNESCO.
6. Biarpun kepulauan di tengah lautan, penduduk Maldives berpelajaran tinggi dengan hampir 100% orang pulau tahu membaca dan menulis. Tidak hairanlah jika mereka juga fasih berbahasa Inggeris!
7. Perdana Menteri Maldives pernah mengadakan perjumpaan kabinet bersama menteri di dasar laut kerana ingin membincangkan kepentingan alam sekitar dan perubahan iklim.
8. Penduduk Maldives menggunakan bot dinamakan dhoni untuk bergerak dari pulau ke pulau. Kalau dahulunya dhoni diperbuat dari kayu, kini ada juga dhoni dari gentian fiber. Anda mungkin pernah menaikinya jika pernah ke sana!
9. Jangan terkejut jika anda kerap melihat dolfin dan jerung paus! Mereka tinggal di sekitar kepulauan Maldives dengan banyaknya dan tidak segan silu bermain di tepi bot anda.
10. Disebabkan fenomena pemanasan global, Pulau Maldives dikatakan akan perlahan-lahan ditenggelami air. Saintis menjangkakan selepas 100 tahun lagi, Pulau ini tidak lagi wujud.
Apalagi kawan-kawan yang belum ke sana, jom kita pasang perancangan sebelum terlambat!