10 Pewangi Kereta Yang Anda Patut Miliki

17 April 2020 bomstartmedia Featured Article, Tips
pewangi kereta

Salah satu cara untuk kereta anda sentiasa segar adalah dengan memilih pewangi kereta yang nyaman. 

Bukan sahaja anda akan berasa lebih tenang apabila anda berada di dalam kereta, malah anda juga akan menjadi kurang tertekan sekiranya menghadapi kesesakan lalu lintas.

Jika anda inginkan bau yang nyaman di dalam kereta anda, di sini kami kongsikan 10 pewangi kereta yang anda patut miliki sekarang. Barulah selesa nak memandu!

10 pewangi yang akan disenaraikan adalah eksklusif dan hanya boleh didapati daripada De’Xandra! Apakah nama 10 perfume kereta itu? Mari kita lihat.

10 Pewangi Kereta De’Xandra

1. Blooming Forest

pewangi kereta

Harga: RM10.00 

Perfume kereta yang mendahului senarai kami ialah Blooming Forest. 

Sebagaimana yang ditayangkan pada kotaknya, bau wangian ini amat segar, tenang dan lembut seperti bau di puncak gunung. 

Bagi pencinta alam sekitar, minyak wangi ini sangat sesuai untuk diletakkan dalam kereta anda.

2. Vanilla Fresh

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Minyak wangi kereta kedua ialah Vanilla Fresh. Seperti yang tertulis pada namanya, pewangi ini dirumuskan dari ekstrak vanilla dan diperkaya dengan haruman sitrus.

Bagi sesiapa yang menghidu Vanilla Fresh ini, mereka pasti akan berada dalam mood yang gembira kerana aromanya yang sangat tenang dan wangi.

3. Cupcake Cream

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Seterusnya ialah Cupcake Cream. Antara bahan yang terdapat dalam Cupcake Cream ialah ekstrak buah beri, vanila, karamel, melon dan juga pic.

Sudah pasti sesiapa yang terhidu haruman ini akan berasa seperti berada di dalam kedai kek kerana baunya yang sangat manis.

4. Coffee Warm

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Coffee Warm juga merupakan salah satu pewangi yang perlu diletakkan di dalam kereta anda. 

Pewangi ini tentunya akan membuatkan anda berasa segar kerana aroma kopinya yang cukup kuat.

Aroma kopi ini dapat membangkitkan minda dan mood anda dengan sangat mudah. Perfume ini paling sesuai bagi mereka yang merupakan penggemar kopi.

5. Passion Fine

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Pewangi kereta De’Xandra kelima ialah Passion Fine. Perfume kereta ini diperbuat daripada gabungan aromabuah-buahan dan sayur-sayuran.

Bau wangi daripada Passion Fine ini pastinya dapat membantu anda untuk berasa tenang terutamanya semasa memandu pulang ke rumah setelah penat seharian di tempat kerja.

6. Passion Fruit

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Pewangi seterusnya ialah Passion Fruit. Pewangi ini mengandungi ekstrak buah markisa dan mempunyai bau buah-buahan yang sangat nyaman dan lembut.

Passion Fruit dapat menyegarkan pemandu dan penumpang kerana harumannya yang sangat manis. Ia sangat sesuai untuk semua pemandu!

7. Fiesta Vienna

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Minyak wangi kereta yang ketujuh ialah Fiesta Vienna. Bau wangian ini adalah diinspirasikan oleh buah delima. Oleh itu, aromanya adalah sangat segar dan harum.

Haruman ini amat bersesuaian bagi mereka yang mahukan bau yang sangat manis di dalam kereta. 

Haruman Fiesta Vienna sudah pasti akan dapat memberikan mood yang positif kepada suasana kereta anda.

8. Roasted Caramel

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Roasted Caramel adalah antara pewangi dengan haruman yang paling manis kerana baunya diinsipirasikan oleh caramel. Bagi mereka yang gemarkan manisan, pewangi ini sangat sesuai.

Ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka tentunya menyukai manisan. Baunya yang sangat manis pasti dapat mewujudkan suasana yang gembira.

9. Rose Forest

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Minyak wangi kereta yang kesembilan ialah Rose Forest. Seperti yang dilihat berdasarkan namanya, wangian ini berasaskan bunga ros.

Oleh itu, pewangi ini akan membebaskan bau yang sangat segar dan menenangkan. Rose Forest ini akan membuatkan kereta anda berbau seperti berada di dalam taman bunga.

Ini sudah pasti dapat memberikan kesegaran kepada penumpang di dalam kereta anda.

10. Violet Ocean

pewangi kereta

Harga: RM10.00

Perfume kereta yang terakhir ialah Violet Ocean. Apakah baunya? 

Haruman Violet Ocean ini akan membuatkan anda berasa seolah-olah anda berada di tepi pantai yang indah dan penuh dengan flora.

Bau yang segar ini dapat menghilangkan segala tekanan. Antara bahannya ialah ekstrak bergamot, freesia, geranium dan melur. 

Wangian ini adalah sangat sesuai untuk diletakkan dalam kereta anda.

 

Mengapa anda perlu ada wangian di dalam kereta anda? Sudah pasti sebab yang paling utama adalah untuk menghilangkan bau busuk dan hapak di dalam kereta anda.

Seperti fungsi perfume untuk badan anda, pewangi kereta sangat penting untuk mewujudkan suasana yang bersih.

Penumpang akan berasa lebih selesa dan tenang setiap kali mereka memasuki kereta anda.

Kesimpulannya, pewangi untuk kereta adalah sangat penting terutamanya di Malaysia kerana cuacanya yang sangat panas. Dengan ini, aroma yang nyaman akan dapat dibebaskan.

Jika anda mencari pewangi bagi kereta anda yang tahan lama dan wangi, cubalah De’Xandra!

pewangi kereta

De’Xandra adalah sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada 2015 oleh Ernayanee Nur Binti Julaimi. 

Dari saat itu, De’Xandra telah melonjakkan diri untuk menjadi pengeluar minyak wangi nombor 1 di Malaysia.

De’Xandra telah memenangi pelbagai anugerah seperti Global Branding Awards 2016 dan The Brandlaureate World Halal Awards 2018.

Kini, De’Xandra juga menjual pewangi kereta sepertimana yang telah ditunjukkan dalam artikel ini. Produk-produk De’Xandra adalah antara yang terbaik di pasaran Malaysia.

P.S De’Xandra sedang menganjurkan promosi minyak wangi dengan potongan harga sebanyak 29%. Jangan lepaskan peluang ini.

Klik Sini Untuk Order Online Sekarang