10 Fakta Menarik Tentang Industri Perfume Anda Wajib Tahu

4 March 2019 Izzati Hassan Uncategorized

 

1. Dulu kita gunakan ekstrak haiwan untuk buat perfume, sekarang tidak lagi! Walaupun ambergris bermaksud kumuhan ikan paus dan musk bermaksud kasturi dari rusa, hakikatnya dalam wangian zaman sekarang tidak ada lagi ekstrak berasal dari haiwan. Demi keselamatan pengguna, pemuliharaan alam sekitar serta atas sebab ekonomi, kini aroma tersebut dihasilkan di makmal sahaja. Namun begitu, aromanya masih serupa dengan yang asal, dengan bantuan teknologi masakini.

2. 4 daripada 5 orang wanita menggunakan perfume setiap hari: Kajian dari US mengatakan, wanita kebanyakannya menggunakan perfume, tidak kiralah dalam bentuk minyak wangi, losyen, bedak atau mana-mana bentuk lain. Tidak hairanlah juga wanita merupakan pembeli utama wangian.

3. Wangian lelaki turut dibeli dan digunakan kaum wanita: Memeranjatkan bukan? Kira-kira satu pertiga daripada wangian lelaki pernah digunakan oleh wanita. Hakikatnya tidak ada wangian yang sebenar-benarnya ‘lelaki’ atau ‘wanita’. Biasanya jantina wangian diklasifikasikan kepada cara ia diiklankan.

4. Wanita mempunyai deria bau lebih kuat dari lelaki: Kajian menunjukkan bahawa wanita lebih sensitif kepada bau berbanding lelaki, dan dapat mengenalpasti lebih banyak aroma. Ini kerana bahagian otak yang mengawal pengesanan aroma, iaitu orbital prefrontal pada wanita lebih aktif.

5. Untuk menjadi pembuat perfume profesional, anda mestilah dapat mengenali 250+ jenis aroma: Pembuat perfume profesional perlu dapat membezakan beratus-ratus aroma sebelum boleh mencampurkannya menjadi satu wangian. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan dilantik menjadi pakar pembuat dan pengkaji wangian, biasanya dipanggil ‘Noses’.

6. Perfume dipopularkan ke seluruh Eropah oleh sarung tangan: Pada kurun ke 16, sarung tangan kulit dipopularkan golongan bangsawan dan pertengahan. Namun bau ammonia dalam kulit yang siap diproses sangat mengganggu. Oleh itu pembuat sarung tangan sering merendam sarung tangan mereka dalam wangian supaya aromanya lebih menarik.

7. Perfume komersil yang terawal direka untuk dipakai DAN diminum: Nama produk wangian pertama yang dijual adalah Hungary Water, direka untuk pasaran bangsawan Eropah pada 1370. Ia dihasilkan dalam brandi (arak) dan ia diiklankan sebagai paling mujarab jika disapu pada kulit atau diminum!

8. Deria bau boleh dilatih sebagaimana otot dilatih: Usaha tangga kejayaan. Sepertimana latihan kira-kira yang kita buat semasa kecil untuk memahirkan diri dalam matematik, begitulah juga latihan deria bau untuk menajamkan kebolehan pengesanan aroma kita.

9. Manusia boleh menghidu sejak dalam kandungan lagi: Deria bau kita adalah perkara perama yang terbentuk semasa dalam kandungan. Oleh itu manusia boleh mengesan bau dari sebelum lahir lagi, biarpun belum dapat melihat atau mendengar. Tidak hairanlah antara memori pertama zaman kanak-kanak adalah aroma yang kuat seperti aroma krayon dan bedak.

10. Wangian diletakkan pada saluran darah kerana kawasan itu panas: Titik nadi ialah tempat di mana salur darah berada paling dekat dengan permukaan kulit. Oleh itu haba yang terbebas dari salur ini juga menyejatkan wangian yang berada di atas kulit.

Ada lagi fakta wangian yang menarik? Kongsikannya dengan kami!